Ignorance.Is.Bliss

~my 'Other' side~

Ramadhan Al Mubarak 1429 Hijrah


hari ini 1 Ramadhan 1429.

bulan Ramadhan kembali semula menjengah kita. sekejap saja masa berlalu. tapi kali ini suasananya amat berbeza untuk aku. banyak yang aku terkenangkan ketika ramadhan. yang paling aku tak boleh nak lupa, aku eksiden masa balik dari berbuka puasa. langgar anjing pulak tuh! sakitnya tuhan je yang tau. ngeri beb.. terpelanting macam superman. jatuh atas jalan dan terseret kejap. ouch!..

ada lagi bekas luka kat pinggang aku ni. besar gak la. hampir jahanam skutut aku. bekal yang aku dapat untuk bersahur entah ke mana. mud guard depan dah tertanggal. handle bengkok. cover depan motor pecah sebelah tepi kiri. tangan kiri aku tak dapat nak berfungsi dengan elok sebab aku landing sebelah kiri badan. aku guna tangan aku untuk perlahankan impact masa jatuh. tapi lepas tu nak genggam pun sakit. susah nak buat kerja. itu la pengalaman eksiden yang agak ngeri la sepanjang hidup aku setakat nie.

apa cerita anjing tu?.. entah lah. mampos kot. aku pun tak tau. sebab aku tengah shock dan kesakitan. tak ada masa nak fikir pasal menatang tu. kesian gak la kan. ni la akibat nya bergurau tak kena tempat. pastu lintas jalan tak tengok kiri kanan. malang tak berbau. aku plak yang jadi mangsa.

ramadhan ni boleh dikatakan i'm on my own. aku tak biasa tapi aku tak ada pilihan. sedih. tapi nak buat macam mana. bak kata forest gump, "life is like a box of choclate. you never know what you're gonna get". well, it's true.

kuih muih: staf kat ofis aku rajin buat makan petang sebelum balik kerja. salah 1 juadah di suatu petang.

menjelang ramadhan biasanya banyak dugaan yang akan kita lalui. salah satunya tengok orang bukan Islam makan di siang hari + iklan makan yang bersepah kat tv dan newspaper. or kena tahan mata dari tengok yang seksi-seksi. or tak boleh mencarut kang pahala kena potong.. :-) dan untuk aku pula, dugaannya akan jadi lebih sikit. aku kena harunginya dengan hati yang ditelah ditebat tebal dengan apa saja yang aku ada supaya emosi susah nak masuk. sebab terlalu banyak kenangan aku di bulan ramadhan tahun-tahun yang sudah.

aku tak sanggup nak imagine apa yang bakal aku lalui tapi aku sebenarnya selalu berdoa dan berharap semuanya akan cepat berlalu. bukan aku tak suka bulan yang mulia ni tapi takut jadi perit sangat. so dugaan tahun ni sangat berat. mungkin Tuhan nak ajar aku atas kesalahan aku yang tinggi menggunung waktu dahulu. pasrah je la yang aku mampu.

aku ada tekad aku sendiri tahun ni. aku nak jadikan ramadhan tahun ni lebih baik dari ramadhan aku tahun lepas. kalau tak banyak, sikit pun jadilah. tak banyak pahala, sikit pun boleh la kan. daripada kosong. ready or not here it comes. aku kena banyak bersabar. banyak-banyak bersabar.

last but not least, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1429 Hijrah kepada semua umat Islam terutamanya di malaysia. mudah-mudahan ibadat anda semua diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amin.

0 comments:

Confused?

To love is to suffer.
To avoid suffering one must not love.
But then one suffers from not loving.

Therefore to love is to suffer, not to love is to suffer.
To suffer is to suffer.
To be happy is to love.
To be happy then is to suffer.
But suffering makes one unhappy.

Therefore, to be unhappy one must love, or love to suffer, or suffer from too much happiness.

So.. which one is it?!..

To love or to suffer?..

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Add to Technorati Favorites
Add to Technorati Favorites