selamat tinggal Ramadhan. selamat datang Aidilfitri.
tiba masanya untuk bulan ramadhan meninggalkan kita. manakala bulan syawal pula kembali menjelma. sebagai ganjaran Allah meraikan perjuangan, pengorbanan, ketakwaan orang-orang yang beriman dan kepada sesiapa yang sentiasa menurut perintah Nya. entah mengapa aku terasa sedikit sedih. sedih meninggalkan ramadhan yg begitu mulia. mungkin aku risau kan ibadah aku. aku sangat berharap ibadah aku disepanjang bulan ramadhan akan diterima Allah s.w.t. kalau tak banyak sikit pun aku bersyukur.
i love hari raya. but at the same time i hate it too. macam mane pulak tu?.. hmm.. i love the feeling of pagi raya or the 1st day of raya. happiness is everywhere. you can feel it. perasaan tu kita tak boleh gambarkan tapi kita terasa gembira yang lain dari gembira hari biasa. it is just... so different.. i'm sure you know what i mean.
hate? it is because or the memories it brings with it. past through my head like streaming water. so much to remember. so much to bear. can't handle it sometimes. the sweetness. yes. the sweetness is making me sad.
kenangan. kegembiraan lalu membuatkan aku lemah untuk menghadapi aidilfitri. aku kalau boleh tidak mahu mengingatinya. tapi apa kan daya. aku tidak mampu menahan kenangan manis - bukan pahit - yang datang tanpa henti. menusuk terus ke hati. aku juga pasrah dan terpaksa juga mengharungi nya.
pilu. rasa yang menyelubungi aku di pagi raya. ketika takbir berkumandang. entah kenapa irama takbir hari raya sangat memilukan. saban tahun. tahun ini juga tidak ketinggalan. cuma ia semakin menusuk hati ini. membuatkan aku terasa begitu lemah.
kegembiraan. itu yang aku doakan kepada semua orang. menyambut hari raya dengan tawa riang, tiada tangisan. hanya tangisan kegembiraan, tangisan keinsafan dan tangisan memaafkan. itu yang sepatutnya dirasakan setiap insan bukan? mungkin aku salah. dan aku tahu ada juga manusia yang tidak gembira bila di hari raya. tapi aku tetap mendoakan semoga mereka akan merasa juga nikmat gembira di hari raya suatu hari nanti.
kemaafan. itu yang aku harapkan. daripada semua insan yang pernah aku kenali. jika di izinkan, ingin aku cium tangan mereka semua. kecil, besar, tua malah muda sekalipun. aku tidak mengharapkan balasan apa-apa. aku cuma inginkan mereka semua memaafi aku dengan hati yang ikhlas juga. itu sahaja.
di pagi yang mulia ini, aku juga ingin mengambil kesempatan, untuk menghulur tangan dan jari ku memberi salam. meminta keampunan dan kemaafan dari sekalian insan yang mengenali diri ini. tidak kira yang sudah lama atau baru sahaja mengenali aku. sekali lagi aku katakan, ia datang dari dalam lubuk hati yang ikhlas. halalkan makan minum aku. halalkan hutang-hutang aku jika ada yang sudi. tuntutlah dari aku jika aku terlupa.
sememangnya aku juga sedang belajar. belajar untuk memaafi. tiada yang sempurna di dunia ini.
akhir kata, sambutlah salam sayang dari ku di pagi aidilfitri ini.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN.
So Fake!
6 years ago
0 comments:
Post a Comment