1 Syawal 1429H.
berlalu sudah bulan ramdhan. maka tiba pula aidilfitri. mungkin ramai yang gembira kerana berakhirnya menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari selama sebulan. berakhirnya penyiksaan perut yang kelaparan seharian (bagi yang tak puasa sama je macam hari lain). tapi ramai juga yang bersedih kerana tamat sudah bulan yang memberi ganjaran berlipat kali ganda dari bulan-bulan yang lain. sedih kerana terasa tak cukup ibadat yang dilaksanakan. tak sempat nak menadah tangan berdoa kepada Illahi memohon keampunan atau memohon restu atau meminta pertolongan kerana terlalu banyak yang ingin disampaikan.
walau apa pun perasaan masing-masing secara amnya boleh dikatakan kebanyakan orang gembira dengan kehadiran hari lebaran. bulan memohon kemaafan, meminta keampunan. bulan untuk melupakan pertelingkahan atau perselisihan lalu. jika ketika lain kita terasa berat untuk memaafkan, tetapi bila tiba hari raya, ada insan yang boleh berubah rasa. boleh terasa 'yang sudah tu sudah lah'. hati boleh memujuk ' tutup yang lama, buka lembaran baru'. so kalau nak jadi ketidak-puas-hati-an lagi lepas ni, itu lain cerita. yang peting kalau boleh ditamatkan sekarang apa salah nya. kalau bukan dihari mulia ni, bila lagi? so nothing to loose and everything to gain.
aku pun tak nak ketinggalan. aku pun nak memohon maaf. aku pun nak meminta keampunan. terlalu banyak kalau nak buat list. terutama untuk orang-orang yang tersayang dan disayangi. atau yang pernah menyayangi. banyak penyesalan. terlalu banyak yang ingin diungkapkan. tersangat banyak yang ingin diluahkan.
tahun lepas aku bertakbir di perantauan kerana giliran aku untuk bekerja di hari raya pertama dan kedua. tahun ini aku bersyukur boleh bertakbir di tempat lahir ku. tetapi tahun ini sangat berbeza untuk aku. terasa pelik. ganjil. janggal. maaf, aku tak boleh menceritakan kesemuanya. cukup la sekadar yang Maha Esa mengetahui.
banyak yang terbayang di kepala aku sekarang. terbayang di suatu ketika dahulu. terima kasih ku ucapkan. terlalu besar untuk dilupakan. terlalu banyak untuk dipalingkan.
di keheningan pagi aidilfitri ini, dikesempatan ini aku ingin menyusun jari jemari aku memohon keampunan dan kemaafan. kepada rakan taulan mahupun yang tersayang. ke atas segala-galanya. perbuatan dan tutur kata. zahir dan batin. jika masa boleh diputarkan kembali alangkah gembiranya aku. tapi aku sekadar manusia biasa. aku bukan superhero. halalkan makan minum ku. aku redha jika tiada yang ingin memberikan kemaafan kepadaku. tetapi jika ada, aku harap ia datang dari hati yang penuh dengan keikhlasan. kerana aku sememangnya ikhlas memaafkan jika ada yang ingin memohonnya dari ku.
salam sayang dari ku di hari yang mulia ini. aku menadah tangan memohon doa kepada Allah yang Maha Esa. supaya menghadirkan bahagia kepada semua terutama insan-insan yang ku kenali. dan yang pernah dikenali. yang masih ada mahupun yang telah pergi. perjalanan ku masih jauh dan berliku.
Selamat Hari Raya. Salam Aidilfitri.
Maaf zahir & Batin.
0 comments:
Post a Comment